the KOLOTs adalah kumpulan gerakan seni anak-anak muda tempatan yang terdiri daripada 9 orang ahli tetap.

Kumpulan ini tertubuh pada sekitar hujung tahun 2008 dan ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 2009 setelah kesemua yang terbabit mendapat kata sepakat untuk bersatu sebagai sebuah kumpulan yang baru. the KOLOTs sebelum ini dikenali sebagai KOLOiD ART.

Berdasarkan minat yang sama di kalangan ahli-ahli kumpulan ini, pembawakan the KOLOTs dalam bidang seni lebih menjurus kepada aliran seni tampak.

Pembabitan the KOLOTs dalam arena seni tampak tempatan masih lagi mentah dan dalam proses mencari ruang untuk diketengahkan sebagai sebuah gerakan seni yang serius.

Sepanjang penubuhan, the KOLOTs telah menyertai;

-RANTAi ARt REVELATION '08
-HOT ART COMPETITION/EXHIBITION '09
-ART FOR GAZA '09
-SENI UNTUK AIDS '09
-RANTAi ARt IDEALIST '09
-RANTAi ARt HIMPUN '10
-RANTAi ARt GRAVITY '10
-Pelukis Bertemu & Berkarya, Pahang '10
-Great Romania Personalities Project '11


Followers

Thursday, October 22, 2009

EVENT


RANTAi '09 coming soon!
Salam semua!

Seperti biasa di hujung TAHUN INI ( BULAN DECEMBER ) Rantai Art akan menganjurkan acara seni yang akan di jayakan di sebuah bungalow @ rumah kosong.

Pada tahun ini tajuk acara kami ialah IDEALIST dan acara ini akan berlangsung di RED BUNGALOW ( tempat pada tahun lepas bagi mereka yang pernah hadir pada tahun lepas ) pada 18 december sehingga 20 december ( JUMAAT, SABTU dan AHAD )

------------------------------------

Saya akan jelaskan sedikit IDEA pada acara kali ini

terdapat

BOOTH - hanya 20 booth sahaja yang akan dipilih mengikuti kualiti dan IDEA yang mereka pamerakan

ACARA MUSIK - terbuka kepada mereka yang nak perform secara percuma ( UNPLUGED ). penapisan band juga akan dilakukan bagi mereka yang menghantar permohonan.. :P

PAMERAN SENI - terbuka kepada semua warga bumi. semua cara dan idea menghasilkan dan memaparkan karya adalah diterima. dan hasil karya juga akan di tapis dahulu bagi mengelakkan KETIDAK SERIUSAN anak2 muda atau pun orang tua yang ingin terlibat..

PEMBACAAN PUISI - sape2 je boleh masuk.. janji berani

DISKUSI IDEA - kami ada mengundang beberapa orang yang ingin share idea mereka bersama orang2 yang hadir pada acara ini.. untuk masuk dan dengar diskusi idea ini adalah PERCUMA

TERAPI DIRI MELALUI SENI - macam taun lepas la bro..... TAK DATANG TAUN LEPAS HAHAHAH KENA LA BERTANYE..

--------------------------------------

Dengan ini kami dengan RASMINYA MEMBUKA RUANG PENYERTAAN KEPADA MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI ACARA SENI INI..

SEBARANG PERTANYAAN SILA E-MAIL KEPADA

info@rantaiart.com

No comments:

Post a Comment