the KOLOTs adalah kumpulan gerakan seni anak-anak muda tempatan yang terdiri daripada 9 orang ahli tetap.

Kumpulan ini tertubuh pada sekitar hujung tahun 2008 dan ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 2009 setelah kesemua yang terbabit mendapat kata sepakat untuk bersatu sebagai sebuah kumpulan yang baru. the KOLOTs sebelum ini dikenali sebagai KOLOiD ART.

Berdasarkan minat yang sama di kalangan ahli-ahli kumpulan ini, pembawakan the KOLOTs dalam bidang seni lebih menjurus kepada aliran seni tampak.

Pembabitan the KOLOTs dalam arena seni tampak tempatan masih lagi mentah dan dalam proses mencari ruang untuk diketengahkan sebagai sebuah gerakan seni yang serius.

Sepanjang penubuhan, the KOLOTs telah menyertai;

-RANTAi ARt REVELATION '08
-HOT ART COMPETITION/EXHIBITION '09
-ART FOR GAZA '09
-SENI UNTUK AIDS '09
-RANTAi ARt IDEALIST '09
-RANTAi ARt HIMPUN '10
-RANTAi ARt GRAVITY '10
-Pelukis Bertemu & Berkarya, Pahang '10
-Great Romania Personalities Project '11


Followers

Thursday, April 2, 2009

KOMEN DAN KRITIK

PATUT LA PUN TAKDE SAPE YANG KOMEN! Rupa-rupanya Mr Mod tak check status setting untuk komen.. kalau tak, mau dah beriban komen untuk post-post yang sebelum ni... kepada sesiapa yang telah cuba untuk mengepost komen sebelum ni - SORIII..!

FUNGSI KOMEN BLOG KOLOiD ART TELAH DIBUKA SKARANG UNTUK SEKALIAN UMAT BLOGGERS! So kepada sesiapa yang ingin mengomen ataupun mengkritik mahupun mengutuk kami, silalah bertindak sekarang kerana kami amat mengalu-alikan tindakan sedemikian daripada anda semua!

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI!

KOMEN! JANGAN TAK KOMEN!